Tuesday, August 31, 2010

Pengenalan Kepada Automasi

TUJUAN :

untuk mengetahui definisi sistem automasi, mengetahui kepentingan sistem automasi dan mengetahui kebaikan sistem automasi.

TAKRIFAN AUTOMASI .
Sistem automasi ialah kemampuan sistem atau peranti untuk melaksanakan kerja dengan bijak , tanpa atau dengan penyeliaan manusia pada tahap minimum . Automasi meliputi 3 unsur iaitu:-

  1. Masukan ( input )
  2. Pemprosesan ( processing )
  3. Keluaran ( output )
    • Masukan (Input)   - penderia ( sensor ) , papan kekunci ( keyboard ) , pita  dan pemacu cakera ( CD drive ) . 
    • Pemprosesan ( processing ) - PLC , CPU , perisian ( software ) dan perkakasan seperti geganti , injap dan lain-lain lagi .
    • Keluaran ( output ) - penggerak ( actuator ) , monitor , motor AU / AT , servo , solenoid dan injap .  

Kaedah Manual Berulang – Ulang ( Manual Repitative)
         
    • Kerja yang sama diulangi dengan menggunakan kekuatan fizikal dengan sedikit alat atau tanpa alat.
    • Menggunakan tenaga buruh untuk melakukan  kerja.
    • memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu kerja.
    • manusia cepat letih dan perlukan rehat hasil tidak banyak.
    • Sebagai contoh, Memuatkan dan memunggah bungkusan padi dari ladang ke trak .

     Penjenteraan ( Mechanization )

    •  Kaedah ini manusia menggunakan mesin untuk membantu mereka melakukan kerja.
    • Masih menggunakan tenaga manusia untuk mengendalikan mesin dan memastikan perjalanan sistem itu lancar.
    • Tenaga manusia diperlukan untuk menghasilkan produk sehingga ia siap .
    •  Sebagai conto mesin pengisi memuatkan beras kedalam guni .
    •  Tali sawat penghantar memindahkan guni ke seorang lagi pekerja  yang memasukkan kedalam trak .

     Automasi 
  •  Kaedah ini manusia digantikan dengan mesin-mesin yang dikawal oleh pengawal untuk menghasilkan sesuatu produk.
  •  Kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih baik cepat dan tepat.
  •  Manusia hanya mengawal pada sistem kawalan.
  •  Mengurangkan pekerja buruh dalam sektor perindustrian.

MENGAPA KITA MEMERLUKAN AUTOMASI ?

 Terdapat 3 sebab kita memerlukan automasi . Antaranya ialah :
     a) Meningkatkan piawai produk dengan kualiti yang konsisten
     b) Meningkatkan daya pemprosesan .
     c) Mengurangkan pergantungan pada tenaga buruh . 

KEBAIKAN AUTOMASI
     a) Mengurangkan kos dari segi keperluan tenaga buruh .
     b) Meningkatkan kecekapan dari aspek kualiti dan kuantiti .
     c) Fleksibel kepada permintaan pasaran ( lebih cepat dan fleksibel ) dari aspek perubahan produk dan                   perubahan proses .
     d) Boleh dipercayai – Proses automasi boleh berlangsung berjam-jam tetapi masih mengekalkan prestasi yang     diharapkan ( kualiti konsisten dan tahan lama )
     e) Daya pengulangan tinggi – output daripada mesin automatik boleh dijadualkan dan dikawal sewajarnya . 
     f) Selamat – Mesin automatik mengurangkan dan meminimumkan hubungan / interaksi dengan manusia dan          persekitaran berbahaya .
     g) Penyelesaian kepada masalah kekurangan tenaga buruh.

CONTOH AUTOMASI
a) Persekitaran Automasi :
     - Pemeriksaan kamera
     - Pemeriksaan ujian tanda dan pandu
     - Sistem kutip dan tempatkan ( Pick and Place ) 
     - Sistem penghantaran 
     - Penyisih Bungkusan Automatik
     - Mesin Pengikat dan Mesin Pemasangan Acuan Automatik
b) Persekitaran Domestik :
     - Get / Pintu Automatik
     - Mesin Pembasuh

c) Persekitaran Komersil :
     - Automasi Pejabat
     - Bangunan Cerdik
     - Lif dan eskalator
     - Pengering tangan 
     - Mesin Juruwang automatik ( ATM )

d) Utiliti Awam :
     - Lampu isyarat 



No comments:

Post a Comment

Post a Comment