Wednesday, September 8, 2010

PENCETAK (PRINTER), PEMPLOT (PLOTTER) DAN PENGIMBAS (SCANNER)

PENERANGAN :

 PENCETAK (PRINTER)

Pencetak merupakan peranti keluaran yang membolehkan pengguna mendapatkan salinan dalam bentuk fizikal dari hasil pemprosesan komputer dan input pengguna. Selain ini boleh jadi dalam bentuk kertas bercetak, transparensi dan sebagainya. Setiap hasil cetakan ini juga sering dipanggil salinan keras  (hard copy).
pencetak boleh dikategorikan berdasarkan kaedah yang digunakan olehnya bagi mencetak dan juga jenis hasil yang boleh dikeluarkan. Harganya juga berlainan dari satu jenis ke satu jenis. Antara jenis pencetak yang popular ialah pencetak matrik bintik (dot matrix), semburan dakwat  (ink-jet), semburan gelembung (bubble-jet) dan laser.Pe


Pencetak Matrik Bintik (Dot-Matrix Printer)

CAKERA KERAS (HARD DISK)

PENERANGAN :
CAKERA KERAS (HARD DISK)
Cakera keras secara umumnya merupakan plat besi yang diselaputi oksida bermagnet. Yang boleh dimagnetikkan bagi tujuan pewakilan data. Istilah ’keras’ mewakili keadaan fizikalnya yang keras berbanding cakera liut yang lebih lembut. Terdapat pelbagai saiz cakera keras iaitu 14 inci, 8 inci, 5 ¼ incidan 3 ½ inci. Ia boleh didapati dalam bentuk fixed disk, disk pack dan removeable hard disk cartridge. Pemacu cakera keras mempunyai kepala baca tulis untukmenulis data pada cakera keras atau membaca data dari cakera keras.
Kebanyakan komputer mempunyai satu cakera keras secara fizikalnya dan ianya sering berada di bahagian dalam sesebuah sistem. Biasanya cakera keras akan diwakili sebagai pemacu C atau ’Drive C’ . Sekiranya sesebuah komputer mempunyai cakera keras tambahan (sama ada secara fizikal ataupun virtual), ianya akan dikenali sebagai pemacu D, E, F dan seterusnya. Secara amnya, cakera keras adalah kekal di dalam sistem komputer dan tidak boleh diubah-ubah seperti cakera liut.

Tuesday, August 31, 2010

Pengenalan Kepada Automasi

TUJUAN :

untuk mengetahui definisi sistem automasi, mengetahui kepentingan sistem automasi dan mengetahui kebaikan sistem automasi.

TAKRIFAN AUTOMASI .
Sistem automasi ialah kemampuan sistem atau peranti untuk melaksanakan kerja dengan bijak , tanpa atau dengan penyeliaan manusia pada tahap minimum . Automasi meliputi 3 unsur iaitu:-

  1. Masukan ( input )
  2. Pemprosesan ( processing )
  3. Keluaran ( output )
    • Masukan (Input)   - penderia ( sensor ) , papan kekunci ( keyboard ) , pita  dan pemacu cakera ( CD drive ) . 
    • Pemprosesan ( processing ) - PLC , CPU , perisian ( software ) dan perkakasan seperti geganti , injap dan lain-lain lagi .
    • Keluaran ( output ) - penggerak ( actuator ) , monitor , motor AU / AT , servo , solenoid dan injap .  

Papan Litar Sokongan

PENERANGAN :
Papan Litar Sokongan
Papan litar sokongan merupakan papan litar tambahan yang boleh ditambahkan kepada papan induk sesebuah sistem komputer. Biasanya ia akan dipasangkan pada slot tambahan yang sedia ada pada sesebuah papan induk.
Papan litar sokongan ini berperanan untuk menambahkan keupayaan atau kecanggihan sesebuah sistem komputer dari pelbagai sudut yang berbeza bergantung kepada jenis papan litar sokongan yang digunakan.


Kad Grafik (Graphic Card)

Monday, August 30, 2010

Hari Merdeka

Blog ini di buat pada 31 august 2010, Hari Merdaka,

Jadi ni erti kemerdekaan bagi penulis blog ini ......


Erti Kemerdekaan

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.