Tuesday, August 31, 2010

Papan Litar Sokongan

PENERANGAN :
Papan Litar Sokongan
Papan litar sokongan merupakan papan litar tambahan yang boleh ditambahkan kepada papan induk sesebuah sistem komputer. Biasanya ia akan dipasangkan pada slot tambahan yang sedia ada pada sesebuah papan induk.
Papan litar sokongan ini berperanan untuk menambahkan keupayaan atau kecanggihan sesebuah sistem komputer dari pelbagai sudut yang berbeza bergantung kepada jenis papan litar sokongan yang digunakan.


Kad Grafik (Graphic Card)



     Kad grafik merujuk kepada papan litar yang dipasangkan kepada sesebuah komputer bagi meningkatkan kebolehan paparan sistem. Kad grafik, juga dikenali sebagai 3D accelerator, kad video (video card), video adapter dan ianya berfungsi untuk memberi paparan 2D dan 3D dinamik pada komputer seperti kehalusan tekstur, warna, resolusi dan banyak lagi aspek. Kad grafik menawarkan ciri-ciri istimewa yang tidak ditawarkan pada graphics adapter yang dibina pada papan induk.(juga dikenali sebagai onboard built-in display chip)

     Spesifikasi utama bagi kad grafik  meliputi jenis bas, kelajuan bas, memori dan cipset yang digunakan. Kad grafik terdahulu menggunakan slot PCI, manakala semua kad grafik moden berprestasi tinggi menggunakan slot AGP  dan PCI-Express. Terdapat tiga antaramuka kad grafik (graphic card):

PCI: Pada permulaan era permainan 3D, kad grafik boleh didapati dalam antaramuka PCI dan disambung pada slot PCI  di papan induk.  Antara contoh kad grafik PCI ialah TNT2 dan  GeForce2 MX keluaran nVidia.

     AGP: Slot AGP (Accelerated Graphic Port).  mulai diperkenalkan khas untuk pemasangan kad grafik bagi menggantikan slot PCI. Kad grafik  AGP menawarkan beberapa kelebihan berbanding dengan kad grafik PCI terutamanya dari segi texture mapping, frame buffer dan banyak lagi. Slot dan kad grafik AGP juga didatangkan dengan beberapa versi, iaitu AGP 1X, AGP 1.1X, AGP 2X, AGP 4X dan AGP 8X. Setiap antaramuka ini menawarkan beberapa peningkatan mengikut urutan digit 1 hingga 8. Contohya dari segi channel operation, maximum data rate, dan penggunaan kuasa yang berbeza-beza.
PCI-Express: Kad grafik berantaramuka PCI-E mula menguasai pasaran pada tahun 2004 dan beransur-ansur menolak popluariti kad grafik AGP. Walaupun begitu, kad grafik AGP masih menjadi pilihan lantaran harganya yang jauh lebih ekonomi berbanding dengan kad grafik PCI-E. PCI-E menawarkan kelajuan dan keupayaan pemprosesan grafik dinamik yang jauh lebih hebat berbanding dengan kad grafik AGP.


Kad Bunyi (Sound Card)
     Kad bunyi  merupakan suatu expansion card yang disambungkan ke bas komputer (computer bus) melalui slot PCI pada papan induk yang berfungsi sebagai peripheral (perkakasan) kawalan keluaran dan masukan bunyi (seperti bunyi ke pembesar suara (speaker) dan mengambil input bunyi dari mikrofon). Ia biasanya digunakan untuk menyokong ciri-ciri istimewa lain yang tidak ditawarkan oleh sound chip yang dibina pada papan induk.

     Secara amnya, setiap kad bunyi mempunyai D/A Converter (Digital-to-Analog Converter) yang berfungsi sebagai pengubah isyarat digital yang dihasilkan oleh sistem komputer ke bentuk isyarat analog untuk disambungkan ke perkakasan sokongan seperti pembesar suara.. A/D Converter pada kad bunyi  pula berfungsi sebagai pengubah isyarat analog dari mikrofon ke isyarat digital untuk diproses oleh sistem komputer.

     Terdapat pelbagai jenis kad bunyi di pasaran dengan spesifikasi dan keistimewaan tersendiri, khasnya untuk menyokong keistimewaan perkakasan lain seperti pembesar suara yang menyokong teknologi surround sound. Misalnya, on-board sound card (kad bunyi yang dibina di atas papan induk dalam bentuk cip) biasanya hanya menyokong speaker stereo standard (speaker 2.0 dan 2.1) yang mana tidak mampu untuk memberikan keluaran bunyi maksima jika dipasang pada sub-woofer beserta 5 speaker satelite (5.1 Speaker) ketika memainkan DVD menggunakan kesan bunyi sekeliling (5.1 surround). Contoh kad bunyi yang ada dipasaran ialah,Sound Blaster® Audigy™ 2 ZS keluaran Creative Technology Secara amnya terdapat tiga port penyambung pada sesuatu kad bunyi:

Line Out: Port ini biasanya mempunyai kod warna hijau. Isyarat bunyi analog yang ditukarkan dari digital akan dipindahkan ke pembesar suara (speaker) atau headphone yang disambung pada port ini. 

     Line In: Menerima isyarat bunyi dari peralatan elektronik lain, misalnya anda boleh menyambung radio ke port ini dan mendengarnya dari pembesar suara komputer. Anda boleh merakam lagu dari siaran radio terus ke bentuk digital. Port ini kebiasaannya berwarna biru.

     Microphone: Port yang biasanya bewarna merah khas untuk sambungan mikrofon.



Kad Modem

     Modem ialah perkakasan atau peranti yang digunakan oleh komputer untuk berhubung dengan komputer yang lain. Komputer yang satu lagi juga mempunyai modem. Modem ialah singkatan daripada perkataan ’MOdulator’ dan ’DEModulator’.
     Telefon ialah peralatan ’analog’. Komputer ialah peralatan ’digital’. Modem akan menukarkan data/isyarat digital kepada data/isyarat analog untuk dihantar melalui saluran telefon.

     Kad modem (modem card) juga dipanggil sebagai modem dalaman (internal modem) . Kad ini mempunyai bentuk seperti kad penyesuai (adapter card) yang lain. Kad ini dimasukkan ke dalam salah satu daripada slot tambahan (expansion slot) pada papan induk (motherboard). Wayar telefon akan disambungkan pada port di belakang kad


Kad Antaramuka Rangkaian ( Network Interface Card (NIC))
     Kad Antaramuka Rangkaian (network interface card (NIC)) merupakan sambungan fizikal antara suatu rangkaian dengan komputer stesyen kerja. Kebanyakan kad ini merupakan kad dalaman, dimana ianya dipasang pada slot yang terdapat di dalam sebuah sistem komputer. Kad ini merupakan perhubungan fizikal antara stesyen kerja dan rangkaian. Sesetengah komputer seperti komputer Laptop biasanya menggunakan kemudahan sistem kad atau adaptor luaran seperti kad PCMCIA.


Jenis-jenis Kad Antaramuka Rangkaian
  1.  Kad Ethernet
  2.  Penyambung Localtalk
  3. Kad Token Ring   


    1.     Kad Ethernet
    Kad Ethernet mengandungi penyambungan untuk kabel jenis koaxial atau kabel twisted pair atau kedua-duanya. Jika ianya dibina untuk kabel jenis koaxial, maka penyambungannya ialah jenis BNC. Jika ianya dibina untuk kabel jenis twisted pair pula, ianya akan mempunyai suatu penyambungan jenis RJ-45. Sesetengah kad Ethernet juga mempunyai penyambung jenis AUI. Ianya boleh digunakan untuk menghubungkan kabel jenis coaxial, kabel twisted pair, atau kabel fiber optik ke suatu kad Ethernet. Sekiranya kaedah ini digunakan, suatu transceiver luaran yang dipasang pada stesyen kerja perlu digunakan.












    2.     Penyambung LocalTalk
    LocalTalk merupakan suatu kaedah yang digunakan bagi merangkaikan komputer jenis Macintosh. Ia menggunakan suatu kotak adaptor khas dan suatu kabel yang dapat dipasang pada port pencetak (selari) komputer jenis Macintosh. Kelemahan utama penyambungan secara LocalTalk ini ialah ia sangat perlahan sekiranya dibandingkan dengan sambungan menggunakan Ethernet. Kebanyakan penyambung Ethernet beroperasi pada kelajuan 10 Mbps manakala LocalTalk hanya mampu beroperasi pada kadar sekitar 230 Kbps sahaja.









    3.     Kad Token Ring
    Kad rangkaian Token Ring hampir sama seperti kad Ethernet. Salah satu perbezaan ketaranya ialah jenis penyambung yang terdapat di belakang kad itu. Kad Token Ring secara umumnya hanya mempunyai penyambung 9 pin jenis DIN untuk menyambung kad itu kepada kabel rangkaian.










No comments:

Post a Comment