untuk mengetahui definisi sistem automasi, mengetahui kepentingan sistem automasi dan mengetahui kebaikan sistem automasi.
TAKRIFAN AUTOMASI .
Sistem automasi ialah kemampuan sistem atau peranti untuk melaksanakan kerja dengan bijak , tanpa atau dengan penyeliaan manusia pada tahap minimum . Automasi meliputi 3 unsur iaitu:-
- Masukan ( input )
- Pemprosesan ( processing )
- Keluaran ( output )
- Masukan (Input) - penderia ( sensor ) , papan kekunci ( keyboard ) , pita dan pemacu cakera ( CD drive ) .
- Pemprosesan ( processing ) - PLC , CPU , perisian ( software ) dan perkakasan seperti geganti , injap dan lain-lain lagi .
- Keluaran ( output ) - penggerak ( actuator ) , monitor , motor AU / AT , servo , solenoid dan injap .
Kaedah Manual Berulang – Ulang ( Manual Repitative)
- Kerja yang sama diulangi dengan menggunakan kekuatan fizikal dengan sedikit alat atau tanpa alat.
- Menggunakan tenaga buruh untuk melakukan kerja.
- memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu kerja.
- manusia cepat letih dan perlukan rehat hasil tidak banyak.
- Sebagai contoh, Memuatkan dan memunggah bungkusan padi dari ladang ke trak .
Penjenteraan ( Mechanization )
- Kaedah ini manusia menggunakan mesin untuk membantu mereka melakukan kerja.
- Masih menggunakan tenaga manusia untuk mengendalikan mesin dan memastikan perjalanan sistem itu lancar.
- Tenaga manusia diperlukan untuk menghasilkan produk sehingga ia siap .
- Sebagai conto mesin pengisi memuatkan beras kedalam guni .
- Tali sawat penghantar memindahkan guni ke seorang lagi pekerja yang memasukkan kedalam trak .
Automasi
- Kaedah ini manusia digantikan dengan mesin-mesin yang dikawal oleh pengawal untuk menghasilkan sesuatu produk.
- Kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih baik cepat dan tepat.
- Manusia hanya mengawal pada sistem kawalan.
- Mengurangkan pekerja buruh dalam sektor perindustrian.
MENGAPA KITA MEMERLUKAN AUTOMASI ?
a) Meningkatkan piawai produk dengan kualiti yang konsisten
b) Meningkatkan daya pemprosesan .
c) Mengurangkan pergantungan pada tenaga buruh .
KEBAIKAN AUTOMASI
a) Mengurangkan kos dari segi keperluan tenaga buruh .
b) Meningkatkan kecekapan dari aspek kualiti dan kuantiti .
c) Fleksibel kepada permintaan pasaran ( lebih cepat dan fleksibel ) dari aspek perubahan produk dan perubahan proses .
d) Boleh dipercayai – Proses automasi boleh berlangsung berjam-jam tetapi masih mengekalkan prestasi yang diharapkan ( kualiti konsisten dan tahan lama )
e) Daya pengulangan tinggi – output daripada mesin automatik boleh dijadualkan dan dikawal sewajarnya .
f) Selamat – Mesin automatik mengurangkan dan meminimumkan hubungan / interaksi dengan manusia dan persekitaran berbahaya .
g) Penyelesaian kepada masalah kekurangan tenaga buruh.
CONTOH AUTOMASI
a) Persekitaran Automasi :
- Pemeriksaan kamera
- Pemeriksaan ujian tanda dan pandu
- Sistem kutip dan tempatkan ( Pick and Place )
- Sistem penghantaran
- Penyisih Bungkusan Automatik
- Mesin Pengikat dan Mesin Pemasangan Acuan Automatik
b) Persekitaran Domestik :
- Get / Pintu Automatik
- Mesin Pembasuh
c) Persekitaran Komersil :
- Automasi Pejabat
- Bangunan Cerdik
- Lif dan eskalator
- Pengering tangan
- Mesin Juruwang automatik ( ATM )
d) Utiliti Awam :
- Lampu isyarat
No comments:
Post a Comment